SEMBAHYANG JENAZAH
Fadhilat menyembahyangkan jenazah itu adalah besar sekali. Dia akan menambahkan kebaikan orang yang menyembahyangkannya serta membantu orang yang disembahyangkan. Riwayat daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Ertinya: "Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga disembahyangkan, maka ia mendapat satu Qirat. Sesiapa yang menghadirinya sehingga pengkebumiannya, maka dia mendapat dua qirat." Kemudian ditanya: "Apa yang dimaksudkan dua qirat itu?" Bagi menjawab : " Seperti dua gunung yang besar." ( Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya)
Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Tidak dari seorang Muslim yang mati ikut serta menyembahyangkannya 40 orang lelaki yang tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu, melainkan diterima syafaat mereka ke atas si mayat." (Riwayat Muslim, Abu Daud)
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH
Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.
Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama kalau ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak tahu atau telupa.
CARA-CARA MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH
Letakkan mayat di hadapan imam melintangi kiblat
Bagi mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
Bagi mayat perempuan, kepala disebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya (gambarajah 24)Untuk menyembahyangkan jenazah ghaib iaitu mayat yang hilang tidak dijumpai seperti mati tenggelam di dalam laut, dihanyutkan oleh arus sungai yang besar, dimakan harimau dan sebagainya, imam dan makmum perlu menghadap ke kiblat tanpa perlu ada jenazah di hadapannya.
Sebelum sembahyang sunat dilafazkan oleh bilal: Maka orang ramai {makmum) menjawab:
Seboleh-bolehnya hendaklah diadakan sebanyak 3 saf atau lebih kerana mengharapkan keampunan Allah. Sebaik-baiknya jenazah itu disembahyangkan oleh seramai 40 orang.
Daripada hadis riwayat Malik bin Hubairah yang mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Ertinya: "Apabila ada orang muslim yang mati kemudian disembahyangkan oleh jemaah kaum muslimin (sampai Tiga saf) maka diampunilah dosanya".(Riwayat Ahmad , Abu Daud, Ibnu Majah, Tarmizi dan Hakim)
LAFAZ NIAT
1. Mayat lelaki:
( Sahaja aku sembahyang atas ini lelaki empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).
2. Mayat perempuan:
( Sahaja aku sembahyang atas ini perempuan empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).
3. Niat umum hadir dan ghaib, lelaki atau perempuan,
(Sahaja aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam menjadi makmum, kerana Allah Taala).
4. Berdiri Betul - Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.4. 4 kali takbir termaksuk takbiratul ihram - tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir yang pertama sahaja.5. Membaca Al-Fatihah - Membaca Al-Fatihah sesudah takbir pertama6. Selawat ke atas Nabi - Membaca selawat sesudah takbir kedua, sekurang-kurangnya bacaan Selawat ialah: 7. Doa bagi jenazah - Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya ialahJika perempuan Doa khusus bagi si mayat juga buat seluruh kaum muslim yang Dibaca oleh rasulullah WAS sebagaimana dalam hadis dari Abu Hurairah, katanya rasulullah SAW berdoa sewaktu menyembahyangkan jenazah. Doanya ialah :Ertinya : "Ya Allah, ampunilah dosa kami semua, yang masih hidup dan yang sudah mati, orang kecil dan besar, lelaki dan wanita dan yang hadir serta yg ghaib. Ya Allah orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dalam agama Islam, dan yang Engkau matikan di antara kami, matikanlah dalam iman. Ya Allah, janganlah terhalang kami dari pahalanya dan janganlah kami disesatkan sepeninggalnya ." (Riwayat Ahmad Dan Ashab Al-sunan)
Kalau yang disembahyangkan itu anak-anak hendaklah dibacakanErtinya : " Ya Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan." (Riwayat Bukhari dan Al_Baihaqi) 8. Memberi salam - Sudahi sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri dan sekali ke kanan sesudah keempat. Lafaznya
TALKIN Selepas Jenazah ditanam.
Wahai …………………………… bin/binti ……………………………mudah-mudahan Allah Taala memberi rahmat akan kamu, ingatlah, bahawa dunia dan segala perhiasanya telah hilang daripadamu, dan sekarang kamu telah masuk ke alam barzakh, inilah dia tempat permulaan tempat masuk ke alam akhirat, maka jangan lah kamu lupakan janji yang mana kamu telah keluar daripada dunia, dan kamu telah masuk ke dalam bahagian negeri akhirat, iaitu menyatakan dan menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya, maka dating kepada kamu dua orang malaikat, iaitu Munkar dan Nakir yang diperintahkan Allah untuk memeriksa kamu, ketahuilah kamu, bahawa keduanya itu makhluk Allah, sebagaimana kamu jua adalah makhluk-Nya. Dan apabila bertanya keduanya siapa Tuhanmu?Dan siapa nabimu?dan apakah pegangan kepercayaanmu?dan atas apakah kematianmu?, maka jawablah dengan terus terang, iaitu, Allah Tuhanku, Nabi Muhammad penghuluku, Islam agamaku, kitab Quran ikutanku, Kaabah kiblatku, sembahyang fardu kewajipanku, dan sekalian orang islam itu saudaraku, aku hidup dan aku mati di atas kalimah:
Berpeganglah kamu wahai…………………………………………, dengan ini hujjah, dan ketahuilah bahawa kamu akan tetap di alam barzakh ini hingga hari kiamat, dan ketahuilah pula, mati itu perkara yang sebenarnya, dan mesti ditemui oleh tiap-tiap makhluk dan soal Munkar dan Nakir di dalam kubur itu sebenarnya, demikian juga bangkit semula daripada kubur, dihisab amalan melalui titian siratalmustaqim semuanya benar itu, dan hari kiamat tetap akan dating dengan tiada syak lagi, dan Allah Taala akan membangkitkan semua orang yang di dalam kubur, dan dihitung akan segala kerja dan amalan mereka itu apa yang telah mereka buat di dalam dunia.
ADAB DAN CARA ZIARAH KUBUR
1. Hendaklah bersih daripada hadas (sunat berwudhuk).
2. Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur seperti berikut:
Maknanya : Salam sejahtera kepada mu wahai ahli perkuburan ini , dari kalangan kaum muslimin dan mukminin. Dan bahawa kami juga insya allah akan merurut kamu , apabila sampai gilirannya semoga Allah Ta'ala memberi rahmat dan selamat sentosa kepada kami dan kepada kamu bersama.
Maknanya : Salam sejahtera kepada kamu , wahai ahli perkampungan kubur ini. Semoga Allah mangampunkan kami dan kamu, kamu adalah orang-orang yang mendahului kami. Dan kami pula akan menurut kamu apabila sampai gilirannya.
3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap kiblat/kubur sambil memberi salam sejahtera khusus kepadanya seperti.
"Assalamulaikum wahai ayahku"
Dan Diiringi Dengan Doa-Doa.
4. Selepas memberi salam sunat membaca Al-Quran dan menghadiakannya kepada simati seperti
Surah Al-Qadri
Surah Kursi
Surah Ikhlas dan lain-lain lagi
5. Selepas membaca Al-Quran sebanyak yang mungkin hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah Ta'ala mengampuni dosanya dan melempahkan rahmat kepadanya.
6. Selepas membaca Al-Quran atau Tahlil dan berdoa, sebelum meninggalkan perkuburan sunat meraufkan tanah tiga kali.
Kali pertama
Maknanya : Daripadanya (tanah) Allah menjadikan kamu
Kali kedua
Maknanya : Dan daripada (tanah) tempat kembali.
Kali ketiga
Maknanya : Dan daripada (tanah ) akan keluar di hari akhirat nanti.
7. Sebelum meninggalkan kubur. Bacalah Surah Zalzalah., sebanyak 7 kali.
8. Apabila sudah sempurna dan selamat barulah tinggalkan kubur.
veni vidi vici
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment